30 May 2012

Rawak Jilid 3

Ada banyak benda aku nak tulis kat sini, tapi tak mudah nak diluah dengan perkataan..Banyak persoalan dalam kepala yang tak mampu nak jawab. Kenapa jadi macam ni? kenapa jadi macam tuh? manusia sukar nak dijangka. Kadang-kadang aku suka ambil jalan mudah dengan melabel semua orang perangai sama macam aku. perangai yang sama di sini bermaksud, kalau aku, kalau aku la... kalau aku terasa hati dengan seorang kawan aku akan cari 100 lagi kebaikan dia untuk pujuk diri sendiri..mungkin terasa, tapi sekejap. lepas tuh cool. biasala manusia buat silap kan? 

Tapi, itulah. jalan mudah aku tuh salah. tak semua orang fikirannya sama macam aku. tak semua orang akan pilih jalan yang sama macam yang aku pilih..Mungkin masalah yang aku tengah hadapi sekarang akan berlarutan sampai bila-bila. Jalan itu yang telah dipilih. Apa lagi aku boleh buat? sayang memang sayang, tapi aku je la yang sayang nye pon adohaiiii ter berrrr ~

Aku takut, sebab aku dah mula tawar hati..Ehmm...lantaklahhh!!!


**************

Hey kamu.saya di sini. nampak takkkkkkkkkkk?



24 May 2012

lepas lelah.

Alhamdulillah, settle present PSM. lega? adalah siket. tapi thesis tak siap lagi........tempat li tak decide lagi. assigment.mini projek.lab. makin ujung sem makin serabut.... tak sabar nak abes blaja!!

Kesian blog ni, aku cari dia time aku tengah serabut je....... time serabut ni perlukan terapi iaitu balik kampung! istana ayahanda beta, tunggu betaaaaaaaaa........... rasa macam dah lama tak balik. rasa macam dah lama tak nampak muka abah. rindu.

Mula dah nak emo.ok, bye!